ABOUT

Product Image
Call Us
Instagram

Tentang Kami

       2013 merupakan detik bersejarah buat kami berdua selepas disatukan (nikah). Maka dari situ, bermulalah era kehidupan berumahtangga. Apa yang perlu dilakukan adalah untuk mencorakkan keluarga baru ini dan pastinya sumber pendapatan perlu dipertingkatkan lagi.

Maka dengan itu, maka terdetik dalam fikiran untuk menghasilkan perniagaan secara online ini agar dapat sedikit sebanyak membantu keluarga kami. Walaupun tak setanding peniaga yang lain. Insyallah.

Kami akan terus berusaha, walaupun mendapat kritikan dan sindiran yang langsung tidak membantu dari sesetengah pihak. Tapi kami pasrah. Rezeki datangnya dari ALLAH.

Seperti yang anda maklum, kami memerlukan tunjuk ajar dari yang berpengalaman. Kami juga memerlukan sokongan dari pembeli. Tiada pembeli, tiadalah yang menjual. Kerana pembeli seperti majikan kami.

Jadi, kami berharap, teruskan sokongan anda terhadap varioustore ini. Jadikan varioustore sebagai alternatif membeli belah anda....
Pencarian :

  • Beautician
Sekiranya anda ingin mempromosikan bakat anda dalam bidang ini, anda boleh mempromosikannya di sini secara percuma. Sila hubungi kami untuk pertanyaan.

  • Fotographer
Mungkin perkhidmatan anda akan lebih diperlukan. Jadilah di antara salah seorang jurugambar yang kami promosikan perkenalkan di sini secara percuma. Hubungi kami untuk penyertaan.

  • Stokis
Kami juga mencari stokis yang ingin memasarkan produk kesihatan serta kecantikan mereka bersama kami. Produk haruslah mendapat kelulusan dan pastinya halal untuk digunakan oleh umat islam di seluruh dunia. Hubungi kami untuk pendaftaran percuma.
Share by: